MENGENAL
RAS BAND DARI MALAYSIA
Ras
adalah sebuah kumpulan muzik yang ditubuhkan pada tahun 2003 . Perkataan Ras
diambil
dari kamus, bermaksud rumpun atau bangsa. Kumpulan muzik ini berasal dari
Kuantan
Pahang. Kumpulan ini dianggotai oleh 5 pemuzik Melayu yang berkebolehan
bermain
alat muzik dan menyanyi dengan baik. Mereka ialah Acong (vocalist), Budi
(bassist),
Yus (drummer), Manaf (keyboardist) dan Helmi (Gitaris).
Ras
mempunyai pengalaman luas membuat persembahan di Pantai Timur. Kumpulan ini
menyertai
pelbagai pertandingan dan persembahan sepanjang penglibatan sebagai rock
band.
Ia mula mencipta nama setelah menyertai Yamaha Asian Beat, Rentak Juara RTM,
Battle
Of The Band.
Bagi
melebarkan sayap dalam industri muzik, Ras tidak melepaskan peluang menyertai
pelbagai
pertandingan lain seperti pertandingan muzik sempena Sambutan Hari
Kemerdekaan
di negeri Pahang dan serta beberapa pertandingan skala kecil yang lain.
Kumpulan
Ras yang mula di terima ramai telah membuka mata banyak pihak dan Ras
mula
menerima jemputan untuk membuat persembahan di kelab-kelab sekitar Kuantan.
Pada
tahun 2008, Kumpulan RAS telah pun mengeluarkan dan merakamkan album “Ras
Made
in Kuantan” dengan mempertaruhkan lagu Rock Ballad, bertajuk “ Nyata Terpisah“ dan
juga lagu Fast bertajuk “123 Cinta”. Kesemua lagu yang termuat dalam album
adalah ciptaan mereka sendiri.
Berikut
ialah lagu-lagu yang telah dihasilkan oleh kumpulan Ras:
1.
Kompas Hidup
2.
Republik Jiwa
3.
123 Cinta
4.
Boneka
5.
Adam dan Hawa
6.
Apakah Terjadi
7.
Nyata Terpisah
8.
Tekad Sang Muda
OBJEKTIF
& SASARAN
Kumpulan
RAS berhasrat untuk membawa muzik mereka ke arus Perdana setelah sekian
lama
hanya bermain muzik di peringkat tempatan sahaja. Mereka telah menggunakan
platform
media sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube untuk menyebarluas
tentang
kewujudan mereka dalam industri muzik.
PENGHASILAN
LAGU TERBAHARU (SINGLE PERTAMA)
1.
Pada tahun 2020, kumpulan RAS bergabung semula untuk menghasilkan satu
single terbaharu yang dijangka dapat
memberi impak kepada industri muzik tanah
air . Projek 2020 ini juga diharapkan mampu
menyediakan pilihan kepada
pendengar tentang muzik yang dibawakan oleh
mereka.
2.
Bagi merealisasikan impian ini, RAS telah telah berkolabarasi dengan pemain
gitar terkemuka Malaysia, Man Keedal dalam
Single pertama yang bertajuk
“Salam Qaseh”. Lagu berentak slow rock ini
dicipta oleh saudara Syed Amran Al
Yahya , dan liriknya adalah hasil nukilan
Saudara Zainal Rashid Ahmad. Lagu
featuring lagenda gitar tanahair ini di
harapkan mampu mendapat sambutan hangat
pendengar, khasnya generasi muda. Single
Salam Kasih telah mula dimuat naik ke
platform media sosial you tube,
3.
Muzik Video Official berjaya dihasilkan dan telah dimuat naik ke platform media
sosial YOUTUBE.
PENGHASILAN
LAGU TERBAHARU (SINGLE KEDUA)
1.
Untuk tahun 2022, kumpulan Ras sekali lagi mengeluarkan single terbaharu iaitu
single ke 2, berjudul “Doa Maryam”
2.
Lagu dan lirik ini adalah ciptaan Saudara Bijan, serta penerbit adalah Rizal
Van
Houten.
3.
Lagu terbaharu ini adalah berunsurkan ketuhanan, iaitu berkisarkan tentang
jihad
bumi Palestin.
4.
Lirik Video Official juga telah di telah dimuat naik ke platform media sosial
YOUTUBE.
https://www.youtube.com/channel/UCw-yLdYaezSpaGgmy43MPLA